Tuesday, June 06, 2017

Makan Kismis Hilang Senggugut

Aku ada masalah sengugut sejak berusia 26 atau 27 tahun dan masalah semakin teruk sehingga sekarang umur 44 tahun. Kebiasaannya semasa hari ketiga ketika darah banyak masa itulah masalah senggugut menyerang selama dua hari.  Dua hari itu aku tak boleh tidur lena, perut memulas dan berangin, kerap berak cair dan selalu muntah angin. Jalan pun terbongkok badan tak boleh tegak. Duduk pun tak boleh diam mesti badan bergoyang macam berzikir. Apa kerja pun tak boleh buat.  Berguling-guling atas katil sajalah sampai terlena.  Sampai rasa nak jumpa doktor suruh buang rahim  bila setiap kali datang period sebab terlalu trauma. Bila dah berumur ni kekuatan untuk menahan sakit dah kurang sangat. Setiap kali senggugut memang kena telan pil pain killer warna kuning tapi sejak 3 tahun lepas pain killer dah kurang berkesan. Kalau dulu sehari sekali sahaja telan tapi sejak kurang berkesan kena telan 4 kali sehari itupun perut akan mengeras penuh angin. Pernah jumpa doktor pakar sakit puan di Hospital Serdang cek takut-takut masalah fibroid tapi doktor kata tak ada fibroid. Doktor kata sengugut tu normal dan dia cuma bekalkan panadol untuk tahan sakit saja sebagai ganti pain killer warna kuning tu. Aku tak rasa normal kalau tua-tua ni kena senggugut.
Macam-macam cara dah aku guna nak kurangkan masalah senggugut ni dengan tuam air panas, kurangkan makanan berangin, bersenam, minum air halia, makan bawang putih dan macam-macam cara yang dicadangkan dalam internet tu tapi sakit tetap sama. Cuma pernah minum 100 plus sebelum dan semasa period dan kesan sakit memang berkurang. Cuma itulah sebab dah tua kudrat tahan sakit dah tak berapa nak ada.
Tapi sejak dua bulan  lepas  dan dah dua kali period aku tak rasa langsung sakit. Aku rasa sebab aku makan kismis setiap hari bersama oat. Biasanya aku makan oat kosong tapi sejak dua bulan lepas aku tambah kismis sebab ia boleh mencegah anemia sebab aku ada anemia. Aku pun cari di internet apa khasiat kismis  selain mencegah anemia dan rupanya ia kaya dengan magnesium dan calcium  yang diperlukan semasa period. Alhamdulillah semasa menulis ini aku tengah period untuk bulan kedua aku tak rasa sebarang sakit lagi. Mudah-mudahan senggugut tidak datang untuk bulan-bulan seterusnya. Aku akan update di ruang komen untuk period ketiga dan seterusnya.

Macam inilah setiap pagi makan oat dan kismis. 5 sudu besar oat dan berbelas biji kismis

Rujuk http://www.livestrong.com/article/94683-menstrual-cramps-vitamins/ untuk keterangan mineral dan vitamin bagi mengurangkan senggugut.
Kelebihan kismis atau raisin boleh dicari di youtube. Adios!!

No comments: