Filem Hush ini merupakan antara filem psiko terbaik yang penuh suspen dan seram. Kisah berkenaan seorang penulis buku OKU pekak dan bisu yang tinggal bersendirian di rumah peranginan di dalam hutan terpaksa berhadapan dengan seorang pembunuh psiko yang kejam. Bagaimana dia melawan manusia normal dengan kekurangan dirinya. Filem ini tak banyak dailog ia lebih banyak aksi suspen yang mantap. Filem ini hanya memerlukan dua watak penting sahaja. Watak OKU dipaparkan sebagai orang yang cepat bertenang dan berani. Menariknya tidak ada suara jeritan keluar dari watak OKU semasa menahan kesakitan dan ketakutan.
Monday, September 18, 2017
Tuesday, June 06, 2017
Ulasan Buku : Ibu Adalah Pentafsir & Sungai
Buku ini mengandungi dua buah novel. Novel IBU SEORANG PENTAFSIR bagi pendapat gua adalah tentang ibu penulis sendiri. Penulis menukilkan tentang kehidupan ibunya yang diamati semasa kecil. Ibunya seorang miskin tetapi cekal dan rajin dalam menjalani hidup seharian. Ibu dan kerja berpisah tiada. Ibu adalah kerja dan kerja adalah ibu. Ibunya tidak pernah dilihat membuang masa. Rutin harian ibunya bekerja dari sebelum subuh hinggalah malam. Tiada istilah rehat dalam diri ibunya. Waktu rehat ibunya hanya waktu tidur. Ibunya adalah pesawah, petani, penternak, bapa dan segala-gala kerja yang ada ibunya akan lakukan.
Walaupun mempunyai suami yang asyik menangkap burung, ibunya tidak pernah berkata buruk tentang suami, taat akan suami, tidak mengeluh nasib diri, penyayang kepada anak-anak dan taat perintah Tuhan. Walaupun ketika lumpuh ibunya tidak pernah duduk diam ada sahaja kerja yang dibuat. Tidak ada perempuan yang setara ibunya walaupun mereka yang terpelajar. Ibunya tidak seperti perempuan2 di menara gading yang penulis temui yang hanya bermaklumat tetapi tidak mampu mentafsir hidup seperti ibunya yang jika dicampak ke mana sahaja boleh hidup dengan sendiri tanpa maklumat kaku.
Novel SUNGAI pula adalah luahan penderitaan, kekecewaan dan kemarahan sungai terhadap manusia2 kapitalis durjana yang merosakkan sungai. Sungai mahu membalas dendam terhadap manusia yang merosakkan dirinya. Sebelum sungai dimusnahkan sungai berkomplot dengan angin,hujan dan matahari untuk memusnahkan manusia jahat agar sungai dapat meneruskan kehidupan asalnya yang memberi manfaat kepada makhhluk melata.
Dua buah novel ini menyarankan diri kita untuk tidak memandang rendah kehebatan ibu dan pekerjaan kampung yang tidak bergantung hidup kepada makhluk.Watak ibu mengangkat martabat perempuan cekal dan kuat tanpa sebarang emosi putus asa. Juga novel ini meminta kita memainkan peranan sebagai makhluk Tuhan terpilih untuk mempertahankan alam semulajadi daripada kemusnahan yang dilakukan orang politik dan kapitalis. Kerakusan manusia akan menyebabkan bencana alam terjadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)