Friday, February 02, 2018

Kes Penukaran Agama Anak-Anak Indira Gandhi.

Keratan BH online 29 Jan 2018.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu ditukarkan agama kepada Islam oleh bapa mereka Muhammad Ridhuan Abdullah, 48 pada April 2009 tanpa keizinan Indira Gandhi selepas beliau memeluk Islam.

Kanak-kanak berkenaan ketika itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan. Mengulas lanjut, Zainun berkata, dalam keadaan agama dan pendidikan agama menjadi isu, pertimbangan utama bagi mahkamah adalah untuk melindungi kebajikan kanak-kanak terbabit dengan mengambil kira semua hal serta keadaan kes ini.
"Penukaran kepada agama lain adalah keputusan penting yang mempengaruhi kehidupan seorang anak, yang mengenakan kepadanya undang-undang peribadi yang baharu dan berbeza.
"Jika sesuatu keputusan penting seperti penukaran agama seorang kanak-kanak dibuat, demi kepentingan kanak-kanak itu sebaiknya dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa. Pendekatan bertentangan yang diambil dengan membenarkan agama anak ditukarkan tanpa persetujuan kedua-dua ibu bapa hanya akan menimbulkan kesulitan lain," katanya. Selain Zulkefli dan Zaitun, panel hakim lain termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan dua lagi Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Ramly Ali.

Sementara itu Indira Ghandi ketika ditemui di luar mahkamah berkata, perjuangannya selama lebih sembilan tahun demi anak-anaknya akhirnya berbalas selepas keputusan yang ditetapkan mahkamah itu.

"Terima kasih kepada hakim dan juga semua pihak yang banyak menyokong saya, selama lebih sembilan tahun pelbagai cabaran saya tempuhi.

"Walaupun pun menang kes ini, hati saya tetap sedih kerana anak perempuan saya (Prasana) masih hilang, saya amat merindui dia dan begitu ingin memeluknya," katanya.

Berkenaan dengan kes di atas banyak NGO Islam dan orang-orang Islam awam yang kecewa dengan keputusan mahkamah. Bagi aku kes ini adalah kes pergaduhan suami isteri dan menjadi mangsa adalah anak-anak. Biarlah anak yang menentukan agamanya dan menentukan siapa yang ingin diikuti mereka samada hendak mengikut ibu atau bapa. Jika mereke semua mahu mengikuti si ibu maka hak bapa untuk melawat anak perlu diberikan. Tanggungjawab bapa ialah berikan kasih saying dan pendidikan. Si bapa boleh sahaja memberi pengajaran agama kepada anak-anak semasa anak berada bersama dia. Tetapi hak memilih kepercayaan biarlah beri kepada si anak. Allah yang  akan memberi hidayah. dan Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui. 
Cuma kita perlu tunjukkan keindahan Islam kepada anak-anak dan kepada si ibu. Melarikan anak daripada perut ibu yang melahirkannya amatlah kejam. Fikirlah kesusahan siibu mengandung selama 9 bulan dan penyiksaan dilalaui semasa melahirkannya. Sesungguhnya ibulah yang paling berhak kepada anak-anaknya tetapi untuk mengikut ibu atau bapa maka pilihan perlu diberikan pada anak-anak. Kesedihan jiwa melanda anak-anak apabila kedua ibubapa bercerai. Tak perlu tambah kesusahan pada diri masing-masing. Berikan kasih saying dan ilmu pada anak-anak walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri. Buanglah ego tu hidup akan lebih sejahtera dan tenang.

Friday, January 26, 2018

Filem : Assault on Wall Street






Dalam dunia kapitalis duit adalah Tuhan dan nyawa tidak bernilai. Nyawa manusia 1% lebih diutamakan dari nyawa manusia 99%. Kita adalah 99% yang terperangkap dalam dunia kapitalis dan kadang-kadang kita berangan ada hero yang boleh datang memusnahkan 1% ini. Maka angan-angan itu direalisasikan oleh pengarah Uwe Boll dalam filem ATTACK ON WALL STREET. Kisah seorang pengawal keselamatan berhempas pulas meneruskan kehidupan bersama isterinya yang sakit kemudian disempitkan lagi dengan kejatuhan saham di Wall Street yang mengakibatkan dia kehilangan semua duit pelaburannya, rumah dan isteri tetapi kapitalis tetap membuat duit dalam runtuhan ekonomi dengan menekan si pengawal ini yang sudah jatuh ditimpa tangga. Maka bermulalah episod pembalasan yang seronok ditonton.
Uwe Boll menghasilkan filem ini setelah menyelidik krisis kewangan yang berlaku pada tahun 2007 dan mewancara mangsa-mangsa yang kehilangan pelaburan mereka di pasaran saham. Harap Uwe Boll membuat kesinambungan filem ini seperti beliau buat pada filam RAMPAGE.