Thursday, July 22, 2010

Banduan 650 - Dr. Aafia Siddiqui

Dr. Aafia dalam tahanan menunjukkan penderitaan yang dialami
Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki? Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.

Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai. Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan. Beliau belajar di Amerika dan memperolehi PHD dari Universiti Brandeis,Massachusetts dalam bidang sains neurologi pada tahun 2001. Sebelum itu beliau belajar Universiti Houstan selama tiga semester kemudian bertukar ke MIT dan major dalam bidang biologi, antropologi dan arkeologi dan mendapat sarjana muda dalam bidang biologi. Beliau banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja amal Islam semasa berada di sana. Di kalangan rakan-rakannya beliau dikenali sebagai seorang baik, kuat beragama dan lemah-lembut dalam berbicara.

Ini ceramah beliau


Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya semasa di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq. Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.

Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang terbaca silalah klik di link Laman Menarik sebelah kanan sebagai sokongan kepada wanita genius yang tidak bersalah ini. Juga jangan lupa boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia. Allah tidak memandang kesannya tetapi memandang usaha kita. Jika di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya. Adioss!!!

Dengar kisah lebih terperinci tentang apa yang berlaku pada Dr. Aafia oleh bekas tahanan Taliban Yvonne Ridley. Beliau sekuat mungkin memperjuangkan pembebasan Dr. Aafia




5 comments:

Anonymous said...

Allah akan membalas orang yang berbuat aniaya pada hambanya yang terdholimi....

Anonymous said...

Semoga cepat dibebaskan
Laknat bg Amerika dan sekutu2 nya

Anonymous said...

Jahanam Ametika dan sekutu2 nya

Nur Aimi Idayu Mohd Noh said...

assalam sahabat. saya mohon izin untuk copy n paste utk bbrp perenggan . saya pastekan di blog saya. harap dapat membantu menyebarkan kepalsuan dan kezaliman Amerika laknatullah dan sekutunya.. syukran jiddan.

Anonymous said...

mohon share post awak ni,k...tme ksey... =)