Saturday, April 30, 2011

Otak Ku Semakin Biru

Benci betul suasana tahun 2011. Baru masuk awal bulan dah banyak cerita biru kat media massa negara. Orang politik dahlah bengong tambah pulak dengan media yang bengong dan sekarang nak paksa rakyat pun ikut bengong macama depa. Nak hasut rakyat jadikan isu individu sebagai isu negara. Media pembangkang pun sibuk nak join jadi bengong. Hoi pembangkang tolonglah ubah topik tu balik kepada masalah rakyat kalau nak harap media KERA..jaan memang mimpi dalam mimpi. Jangan layan sikitpun masalah individu ni. Bior lantaklah orang yang menuduh tu menjerit macam orang kena sawan. Tengok orang yang kena tuduh tu buat relaks aje. Suruh bagi DNA tak layan suruh sumpah laknat pun tak layan. Last2 orang yang menuduh bagi DNA dan buat sumpah laknat lagi dengan rela hati...hahaha terbalik sudah.

Cerita video ni macam cerita guru Nithyananda kat India yang baru berlaku Mac tahun lalu. Sikit punya alim bagi ceramah agama Hindu kat orang ramai tapi last2 keluar video xxx dia dengan artis. Hilang sekejap dia dari muka bumi India sebab apa tau sebab dalam video tu memang muka dia jelas walaupun tak ada suara tapi warna dan pixel gambo veri der clear. Tak caya korang cari le kat youtube. Itu yang lari sampai tak tau mana dia pergi. Media kat India pun syok mainkan isu dia berbulan2 sampai lupa topik inflasi, kenaikan minyak dan harga barang. Agaknya 3 ekor makhluk kat Malaysia ni berkiblatkan kes kat India tu lah. Itu yang media buat cerita xxx dan buat2 lupa cerita ekonomi semasa. Tapi awatlah bongok sangat pegi pasang kamera hitam putih dgn pixel rendah. Lepas tu nak suruh rakyat yang tengah bergelut dengan masalah tak cukup duit nak makan menilai pasal video paling bodoh dalam abad ini. Yang kita ni pun ikut jadi bodoh ikut rentak depa. Ingat boleh kenyang ke. Kalau dapat duit lain ceritalah. Meh sini aku bagi penilaian aku untuk pertama kali dan terakhir sebelum aku muntah darah.

Kalau betul pun memang dia dalam video tu itu antara dia dengan Allah lah bodoh bukan dia dengan rakyat. Dia buat kerja tu dalam bilik tertutup dalam keadaan yang dia sendiri tidak rela dirakam. Bukan dia rogol pompuan tu dan buat pun suka sama suka. Kalau rogol dan kalau dia memang suka dirinya dirakam lain cerita. Orang bertamadun pun tak boleh terima kelakuan laknat macam ni. Ini dia buat dosa dalam keadaan tertutup tak nak orang ramai tahu dan dengan harapan Tuhan pun tak tahu jugak. Lagi pun dia tak ngaku dia buat.

Salah seekor mamat Trio dengan bangga berkata dia ada dalam video tu tapi apasal tak panggil polis ke pegawai agama ke untuk cukupkan 4 orang saksi ke tempat kejadian. Dalam Islamkan dah kata nak 4 saksi apa susah sangat ke ko nak buat? Ko kan akrab dengan mamat tu dan tahu tarikh dan tempat dia nak berzina apa lagi inilah masanya nak kenakan dia dengan bawak 4 orang saksi ke tempat kejadian. Kalau tak cukup 4 ko bawaklah Mazidul Akmal dan geng 999 dia sekali. Korang serbu selepas 15 minit depa dalam bilik tu ke. Masa tu mestilah dia orang dah berbogel ke tengah syiok atas katil ke. Time tu lah ambik gambo dia. Ala macam korang tengok dalam 999 bila kena serbu dalam bilik ada yang tak pakai baju dan ada yang pakai tuala. Cukup macam 999 tu buat dah boleh buat mamat tu tak nak hidup kat bumi 1Malaysia ni. Kalau saksi2 tu nampak private ryan dia masuk ke private rina dah pasti dia berada di bawah perut bumi 1Malaysia. Itupun kalau 1Malaysia ni buat hukum Islam kalau takpun pengikut dia sendiri akan benamkan dia dalam bumi. Kalau nak tayang kat tv ko tayang aje masa dia tengah pakai tuala dan pompuan tu berkemban dengan malu2 kucing di interview geng 999. Saluran TV semuanya kerajaan pegang bukan pembangkang pegang apa susah nak tayang pun. Haa macam tu lah kalau nak buat skrip yang boleh buat pengikut mamat tu terdiam Eskay ooi. Bongok itu pun aku nak kena ajor.

Lagi satu kalau ko tu kawan yang akrab ko mestilah halang dia daripada berzinakan. Ini ko kawan jenih apa pegi buat rakaman yang dia sendiri tak rela. Ko tu dahlah buat dosa mengaibkan orang lepaih tu nak cakap pasal dosa orang lain kedian pegi tayang video suruh orang ramai tengok nak suruh orang ramai tanggung dosa mcm ko. Dengan tak malu ko cakap ko buat demi Allah dan Rasulullah. What the jijik dan busuk ayat yang keluar dari mulut ko yang macam longkang taik. Sejak bila ko percaya dengan Tuhan samdol? Akhirat jangan cakaplah memang ko tak percaya. Itu yang berani buat sumpah laknat tu kan. Orang beriman yang percaya wujudnya Allah dan wujudnya hari Akhirat tak berani buat sumpah laknat tak tentu pasal samdol ooi. Ko tu lain kali sesuai buat sumpah atas nama Saibaba aje. Sebab ko tu percaya lepaih mati boleh hidup balik. Kat mana ko belajor sumpah pegang Quran? Jijik aku tengok. Untuk ko cara yang betul angkat sumpah ialah dengan cara pegang telor sendiri. Bunyi bismillah ko pun aku dah dengor macam bunyi breast milah. Oh...tolong otak ku semakin biru.

Meh aku nak bagi skrip lagi kat ko macam mana nak jadi seorang sahabat dan penyembah Saibaba yang baik lagi beriman hohoho. Kamera tengah rolling ni dalam bilik ni. Mamat tu pakai tuala dan ada China doll kat situ. Ko diri kat kamera tu dengan muka ko dan muka mamat tu depan kamera..pandailah ko adjust dan tinggikan suara ko pastikan volume kat kamera tu ON kalau tak sesia aje ko menjerit dan pastikan jugak kamera ko tu berwarna paling bodoh 10 megapixel mcm kamera aku tau. Kalau tak pun ko pegi tanya apa jenis kamera yang dipasang dalam bilik Nithyananda. Ko buat aksi memek ko yang ntahapepae bagi nasihat baik punya kasi nasi tambah sikit dengan ayat dari kitab Saibaba. Lepas tu mesti mamat tu jawab paling bodoh macam ni...kubur masing2 or u can go to hell. Dah nampak dia degil nak berzina jugak ko luku dia cukup2 lepas tu ko terajang kat private ryan dia tu mesti hilang selera dia nak berzina hari tu. Haa...barulah buat statemnet demi Saibaba dan demi rakyat jelata. Ko pun jadi sahabat yang baik sebab dah selamatkan dia dari berzina. Ada paham apa aku ajor ni samdol? Masa tu dah pasti 1Malaysia angkat ko berarak macam Saibaba ialah ko kan dah menyelamatkan rakyat jelata dari kena tipu dari orang yang berlagak alim.

Lagi satukan wahai Trio yang berimankan Saibaba, kalau ko nak selamatkan rakyat jelata ni ko rakamlah pasal kes-kes melibatkan rasuah ke melibatkan projek untuk kroni ke. Inilah baru betul nak selamatkan rakyat. Inilah yang dikatakan dosa dengan Tuhan dan dosa dengan rakyat. Ada paham penyembah Saibaba yang beriman? Haa..itu ajelah aku nak cakap. Sekarang ni baik korang semua tukar topik pasal ekonomi sendiri. Itu belum cerita lagi mat2 dan minah2 kilang yang kena buang kerja, orang2 miskin yang hidup kais pagi makan pagi dengan harga barang melambung naik. Baik kita desak pembangkang besar2kan kisah ekonomi ni. Mana tau nanti kita boleh jadi macam Tunisia dan Mesir ramai2 pakat turun ke jalan raya kasi tumbang itu semua pengikut Saibaba kat atas tu. Adios!!.

Wednesday, April 27, 2011

Ulasan drama Melayu : Tersasar di Jalan Mu


Aku tak suka tengok cerita melayu. Aku tak boleh tengok cerita Melayu sampai habis. Tengok 10 minit aku dah boleh mencarut satu hari. Itulah kelebihan filem Melayu. Hanya ada satu filem yang aku boleh tengok walaupun diulang banyak kali. Tajuknya Bukit Kepong. Dalam filem tu kalau korang ingat ada dua orang kanak-kanak adik-beradik bernama Jamilah dan Hussain yang kematian ibubapa dalam peristiwa tersebut. Sebenarnya mereka terpisah sejak peristiwa itu hinggalah pada tahun 1990an dalam rancangan Jejak Kasih mereka dipertemukan semula buat kali pertama. Tapi skrip pertemuan tak adalah dalam cerita Bukit Kepong tu cuma aku nak bagitau hebatnya filem bercorak patriotik lagi bersejarah macam ni hingga boleh membawa kesinambungan itu keluar. Ok dah habis iklan.

Aku nak tulis pasal drama Melayu yang best tajuk dia Tersasar di JalanMu arahan Erma Fatima yang ditayangkan pada 2007 atau 2008 di RTM1. Drama ni aku tertengok bukan nak tengok pun. Tengok 5 minit aje tapi aku dah dapat rasakan cerita ni menarik sebab ini cerita tentang kehidupan masyarkat di lorong gelap dan pelakonnya Rosnah Mat Aris dan Adlin Aman Ramli memang mantop. Pelakon-pelakon lain dalam drama tu pun superb terutama penagih dadah dan pondan...erk. Hish susah aku nak puji drama dan pelakon Melayu tapi inilah cerita melayu kedua yang aku boleh tengok berulang kali.Cerita ini pun ada kesinambungannya di luar. Nak tengok cerita ni cari kat google dan downloadlah.

Drama tertumpu pada sebuah keluarga yang pincang dan komuniti yang bergelut dengan noda dan dosa. Mami bekerja membuka gerai makanan dan suaminya pula kerjanya tikam ekor. Anak lelaki (Yasir) pengedar dadah dan dua anak perempuan (Ilya dan Ayuni)masih bersekolah. Di gerai Mami itulah menjadi tumpuan masyarakat lorong gelap berkumpul bercerita akan masalah masing-masing dan secara tak langsung Mami menjadi penasihat dan membantu komuniti di situ sedikit sebanyak. Tetapi Mami terlupa akan keluarganya dengan membiarkan Yasir dengan dadahnya dan selebihnya mengharapkan sistem persekolahan dua orang anaknya lagi itu boleh menjadikan anak-anaknya seperti orang. Di samping berniaga Mami dan suaminya menyewakan bilik-bilik untuk mereka yang mahu melampiaskan nafsu. Tidak ada perasaan berdosa atau malu menyuruh anaknya Ayuni yang sedang meningkat remaja membukakan pintu-pintu bilik untuk orang melakukan zina.

Tetapi Ayuni mempunyai kesedaran untuk mengubah nasib dirinya di masa hadapan juga bercita-cita mengubah kawasan lorong gelap itu menjadi satu tempat yang bersih dari maksiat. Idolanya adalah kakaknya yang banyak menasihatinya tetapi kakaknya tidak seperti apa yang dipertuturkan sebaliknya terjebak dalam kancah bohsia dan dadah.

Ayuni mempunyai seorang sahabat baik bernama Aiman yang tidak bersekolah dan melakukan kerja buruh.Ibunya adalah seorang pelacur. Untuk Aiman ibunya adalah seorang yang baik walaupun dirinya dibiarkan hidup sendiri. Aiman mewakili suara hakikat anak-anak terbiar di lorong gelap yang gagal untuk melihat perkara keji itu suatu perkara yang keji dan berdosa. Untuk dua sahabat ini mereka berkongsi masalah dan kegembiraan sesama mereka tanpa keluarga yang ambil peduli.

Drama ini penuh dengan dialog berbentuk sindiran dan salah satu adegan yang menarik ialah apabila Mami menyebut kepada suaminya berjudi itu haram seolah2 tidak nampak haramnya ke atas perkara yang lain. Juga dengan watak seorang penagih dadah dengan menyanyikan lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh sangat ironik.

Jalan cerita yang menarik, mudah dan merangkumi semua konflik sosial seperti pengedar dadah, penagih, pondan, pelacur, permasalahan anak-anak lorong gelap juga berjaya mengupas punca-punca remaja bermasalah menjadikan drama ini begitu hidup. Memang patut drama ini mendapat anugerah drama Terbaik Anugerah Skrin 2009 walaupun pada awalnya drama ini dianggap sampah oleh siaran tv yang lain tetapi RTM telah menongkah arus menayangkan drama ini. Tang mana sampah entahlah tapi video xxx yang bertaraf jamban tu boleh pulak masuk berita berhari-hari pulak tu. Double standard sungguh. Contohilah RTM dua-dua dia sapu.

Untuk drama ini aku mengangkat 10 jari dan menemukan jari-jari ini bersama tapak tangan berulang-ulang kali. Untuk video xxx yang berdurasi 1 minit 47 saat tu yang mencapai taraf kotak pejabat dalam tempoh kurang 24 jam yang ceritanya hanya berkisar ulang alik masuk jamban sehingga youtube pun terpaksa banned, maka dengan itu aku dengan bangganya mengangkat kedua-dua jari tengah. Oklah tu. Adios!

Tuesday, April 12, 2011

Ulasan filem Kurdis : Turtles Can Fly



Filem bertema anti peperangan ini mengambil kanak-kanak sebagai subjek utama. Filem ini mengenengahkan kehidupan anak-anak yatim mangsa perang di kawasan pelarian kem Kurdistan yang terletak bersempadan dengan Turki. Filem tahun 2004 ini adalah yang pertama dibuat di Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein.

Watak utama dalam filem ini bernama Satelit berusia 13 tahun seorang yang berpengaruh di kalangan kanak-kanak di kem. Khidmatnya sentiasa diperlukan oleh penduduk setempat untuk memasang piring satelit di penempatan mereka bagi mendapatkan maklumat tentang peperangan di Iraq. Di samping itu Satelit mempunyai organisai pekerja di kalangan kanak-kanak untuk mencari periuk api dan menjualnya di pasaran bagi meneruskan kehidupan mereka. Cerita ini mengangkat Amerika sebagai kawan bila mana watak Satelit mengharap tentera Amerika datang menyelamatkan mereka dan memuji filem-filem Amerika di samping beliau suka bercakap menggunakan beberapa perkataan Inggeris. Satelit suka menonjolkan dirinya sebagai orang serba tahu dan akibatnya beliau diminta oleh penduduk kem menterjemah berita-berita berbahasa Inggeris. Di sini ada aksi-aksi lucu yang ditunjukkan oleh Satelit bila mana beliau menterjemah mengikut citarasanya sendiri dan akan melarikan diri bila rasa tidak selamat dan mencari pelbagai helah untuk tidak menghadirkan diri.

Di kem tersebut Satelit terdengar kedatangan tiga kanak-kanak pelarian yang baru. Tiga orang adik-beradik Hegrov,Agrin dan Riga. Satelit merasa sedikit tergugat apabila merasa Hegrov cuba mengambil alih kuasanya. Tetapi hatinya menjadi tenteram apabila beliau jatuh hati pada Agrin tetapi tidak dilayan Agrin. Beliau mendapat tahu Hegrov yang cacat kedua-dua tangannya mempunyai keistimewaan lain iaitu kelebihan meramalkan masa depan. Satelit mengambil kesempatan untuk mempopularkan dirinya dengan mendekati Hegrov meminta memberitahu berita-berita terbaru yang akan berlaku dan Satelit memanupulasinya dengan menghebahkan kepada penduduk kem sebagai berita terbaru dari saluran berita sebagai mengangkat reputasi dirinya.

Dalam cerita ini kita dibawa merasai penderitaan yang ditanggung Agrin dengan memek wajahnya yang sentiasa muram dan berduka. Agrin tidak ada perasaan terhadap hidup selepas pembunuhan kedua ibubapanya dan setelah beliau dirogol oleh tentera Iraq sehingga melahirkan Riga yang buta di mana di awal cerita kita sangkakan Riga adalah adik kepada Agrin dan Hegrov. Agrin sangat membenci Riga kerana ia mengingatkan kejadian hitam yang menimpa hidupnya. Agrin mendesak Hegrov meninggalkan Riga di kem tersebut dan mahu mereka berpindah ke tempat lain. Hegrov menentang kerana sayangkan Riga dan memintanya bersabar dan meminta Agrin belajar menyayangi Riga.

Agrin semakin tertekan dan cuba membunuh diri tetapi membatalkannya sebaliknya cuba membunuh Riga dengan meninggalkan Riga di kawasan periuk api tetapi berjaya diselamatkan Satelit yang mengakibatkan kakinya cedera terkena periuk api.

Di akhir cerita ini kejadian sadis menimpa Riga dan Agrin. Agrin membunuh Riga dengan melemaskannya dan kemudian membunuh dirinya dengan terjun ke lembah dalam. Satu pengakhiran cerita yang menyayat hati.

Filem arahan Bahman Ghobadi rakyat Iran berbangsa Kurdis ini telah berjaya menggondol 12 anugerah di pelbagai peringkat antarabangsa. Filem ini akan membuat kita berfikir tentang masa depan dan nasib anak-anak mangsa perang di Kurdistan yang selama ini tidak banyak didedahkan di dunia luar. Di akhir cerita ditonjolkan kejatuhan Saddam Hussein diikuti dengan kedatangan tentera Amerika di kem pelarian. Mungkin ada orang beranggapan cerita ini mengangkat Amerika sebagai satu negara yang baik. Aku juga berfikir kenapa perlu ditonjolkan Amerika sebegitu sedangkan ia sebenarnya zalim. Tetapi kita kena kembali kepada sejarah kerana sejak 1988 Saddam telah membunuh kejam beribu-ribu bangsa Kurdis dengan pelbagai cara termasuk menggunakan bom beracun dan tidak ada negara yang menolong bangsa Kurdis ini. Jadi filem ini menunjukkan bangsa Kurdis akan menerima pertolongan dari sesiapa sahaja yang sudi menyelamatkan mereka walaupun dari tentera kafir dan hakikatnya Amerikalah yang menolong. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan. Kita yang hidup senang di sini memang sedap nak mengkritik cuba kena batang hidung sendiri baru tahu.

Berbalik kepada watak-watak di dalam filem ini anda akan kagum melihat kanak-kanak beraksi dengan begitu menyentuh perasaan dari sudut setiakawan, pengorbanan dan kedukaan. Watak Riga yang buta berusia mungkin dua tahun cukup unik membawa watak yang tersendiri. Walaupun watak utama untuk filem ini adalah Satelit tetapi yang banyak meinggalkan kesan di jiwa kita adalah watak Agrin, Rita dan juga Hegrov.

Filem ini menyebabkan aku berhari-hari tak berapa boleh tidur lena dan mandi pun tak berapa basah. Pertama kerana kejadian sadis yang menimpa Agrin dan Riga kedua kerana tajuk cerita ini. Aku asyik berfikir kenapa dipilih tajuk sebegitu walaupun ada sedutan kura-kura berenang-renang di samping Riga di dalam tasik dan juga sedutan Riga bermain dengan kura-kura sedangkan dalam cerita itu ikan merah ditonjolkan sebanyak tiga kali yang menjadi lambang kegembiraan kepada Satelit sebagai watak utama. Ataupun adakah kura-kura yang dimaksudkan itu adalah Riga kerana jika dilihat dari semua poster yang ditonjolkan menunjukkan Agrin menggendong Riga yang seumpama kura-kura. Sedang aku menulis ini aku rasa yang terakhir itu menepati maksudnya kerana yang paling meinggalkan kesan kepada keindahan filem ini yang sampai berhari-hari melekat kat kepala otak aku adalah watak Agrin dan Riga. This is very best movie. Adios!!!

Monday, April 04, 2011

Saman Ekor update

Aku nak ketawa jap hahahaha...hohohoho. Ok udah..sakit perut aku. Selepas tarikh akhir diskaun minta sedekah dari rakyat marhaen 10 Mac yang lepas, akhirnya Timbalan Menteri Pengangkutan keluar statement terbaru di Dewan Rakyat iaitu menangguhkan blacklist saman ekor berkuatkuasa 18 Mac sehingga kerajaan boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang menyatakan JPJ tidak boleh menyekat hak rakyat untuk memperbaharui lesen atau cukai jalan.

Hahaha...masih nak tangguh jugak tu hapuskan tak nak memang degil nak mampus penyangak2 kat atas tu. Sekarang mau lawan ke dol? Hari tu gatal sangat blacklist orang sekarang bila rakyat tak nak bayar dan ugut nak lawan kat mahkamah baru mau tangguh ye taupun takut!. Itupun Timbalan Menteri selindung lagi dia bagi alasan tangguh tu sebab atas nasihat Peguam Negara. Poodah! dah tau takkan menang nak cover malu guna pulak nama Peguam Negara. Tapi sejak bila Peguam Negara ni cerdik kan.

Menurut Mahfuz (pengerusi KASE) rayuan untuk kes tersebut dah ditutup. Emm.. macam mana pulak kerajaan bengap ni nak merayu lagi? hahahaha....ayoyo menteri kita ni kelulusan apa haa?

Tapikan takde seekor menteri pun buat announcement kat suratkhabar ke kat tv ke pasal penagguhan blacklist tu. Mesti takut nanti rakyat minta balik duit yang dah dibayar tu. Atau dah malu tahap gaban tak tau nak kelentong lagi. Atau takut hilang undi pilihanraya. Pilihanraya dijangka bulan Mei atau Jun nanti. Untuk orang ramai yang bayar buta2 tu jangan risau Mahfuz dan KASE akan tolong dapatkan balik duit korang yang gatal sangat pegi bayar hari tu dipulangkan. Tapi belum tentu dapat hohoho!

Sehingga akhir Mac masih lagi orang tak boleh perbaharui cukai sebab alasan orang JPJ depa tak tau pasal penangguhan ni. Hahaha...menteri n JPJ buat lawak bodoh nak cekau lagi duit orang diam-diam. Bangsatlah semua!

Cuma semalam sudah terdengar desas-desus di facebook KASE mereka yang diblacklist sudah boleh memperbaharui cukai jalan. Hari ini KASE mengesahkan JPJ telah menerima pekeliling penangguhan blacklist. Tahniah untuk Mahfuz dan KASE. Tak sesia aku pergi jumpa KASE 1 Mac lepas kat JPJ Wangsa Maju. Masa tu berkobar-kobar aku nak lawan tapi tarikh tamat cukai jalan bulan Julai jadi saudara Zulhazmi kata kena duduk diam dulu. Tunggu Julai nanti...oh! Kalau tak mungkin nama aku tersenarai dalam rujukan undang-undang Kes my name vs Ketua Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan di Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan. Wah! glamer dol. Terima kasih KASE kerena menyedarkan rakyat tentang hak kami. Adios!!