Berlainanlah sangat sampai tak sedap. Tak masuk akal kalau Haji Sharin minta sebegitu. Mana-mana restoran yang buka cawangan mestilah disebabkan rasa makanan di restoran asalnya sedap dan mahu cawagannya mempunyai rasa yang standard dengan yang asal. Kalau nak rasa berlainan baik letak nama lain. Tengok gambar sotong salted dia di bawah ni, macam sotong balut tepung. Rasanya pun tepung dan tawar. Tak ada pencicah. Ini ajelah satu gambar yang terasa nak ambil. Maaflah gambar tak cantik.
Bandingkan pula dengan sotong salted dia cawangan Kota Damansara di bawah ini. Rasanya sangat rangup dan pencicah cilinya pun sedap sehingga menjilat pinggan. Kan sangat berbeza masakan di atas dan di bawah.
Bawah ini pula Udang Buttered Nestum cawangan Kota Damansara. Nampak kerangupan dia. Memang sedap tak dinafikan. Tapi Udang Buttered di Sg. Merab sangat menhampakan. Udangnya besar tapi tekstur rasa tiada langsung. Malas nak tangkap gambar.
Pujian tetap diberikan pada pekerjanya yang melayan kami dengan baik. Semasa membayar pekerja kaunternya tanya bagaimana masakan restoran ini dan terus terang aku jawab tidak sedap melainkan sup. Dia senyum dan dia buat kesimpulan kami dah biasa dengan masakan Kota Damansara sebab itu tak biasa di sini. Tak kisahlah dia nak simpul apa tapi yang pasti sangat memang TAK SEDAP dan sangat mengecewakan. KECEWAnya sampai sekarang tak habis sebab tak berbaloi dengan harga yang dibayar dan pertama kali dalam sejarah kami makan makanan cina yang TAK SEDAP. Ini harga yang kami makan untuk tiga orang semalam. Adioss!!.
1 comment:
hahahaha mmg betul la apa yg ditulis ni. tak pernah berlaku cawangan menghidangkan menu masakan yang sama dengan rasa yang berlainan. dengan harga masakan yang tinggi..maka kami tentulah mengharapkan kualiti yang tinggi.. ini kali terakhir lah kami datang sini..takmo lagi kena con sama mereka
Post a Comment