Sunday, April 13, 2014

Tabung Haji Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Hotel Tabung Haji Pulau Pinang terletak berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas.Jarak lebih kurang 2km.  Apa yang menarik tentang hotel ini ialah Bank Tabung Haji juga terletak dalam bangunan ini. Jadi ambillah kesempatan untuk buka akaun Tabung Haji atau kemaskini buku anda. Di luar pagar Tabung Haji ini pula ada satu kedai Nasi Dalca, kecil saja tapi orang ramai beratur panjang. Kalau hari Sabtu pula ada pasar malam. TH hotel ini juga berdekatan dengan Muzium Perang dan Akuarium yang jaraknya lebih kurang 8 km.

Aku telah menginap di hotel ini dua kali iaitu pada 28 Feb dan 12 April. Sebenarnya aku suka hotel TH ini kerana sunyi, nyaman, bilik besar tetapi ada satu sebab yang menyebabkan aku ralat  dengan hotel ini iaitu perkhidmatan internetnya yang sangat teruk dan perkhimatan pelanggan di kaunter yang tidak berapa mesra. Selama dua kali aku datang dua kali juga tiada perkhidmatan internet. Alasan yang mereka berikan internet di bawah ada (lobi) sepatutnya di tingkat 4 juga ada atau orang terlalu ramai mengakses. Janji dengan aku hendak periksa tapi sampai sudah tiada inisiatif hendak update aku bertanya sudah ok atau belum. Bila  aku pergi ke kaunter bertanya mereka bagi alasan di kaunter juga ada masalah internet sejak dua hari lepas. Aduan sudah dibuat pada TM dua hari lepas tapi tiada tindakan lagi. Itu adalah alasan palsu sebab dua hari itu adalah waktu bekerja bukan hari bercuti.  Aku  bagi tahu TM ni kalau kita dah buat aduan dia akan ambil tindakan dalam tempoh 24 jam. Tapi itu sajalah alasan mereka sedangkan pekerja yang bekerja waktu syif sebelum itu beritahu dia boleh mengakses internet. Aku juga boleh akses internet dari tingkat 1 tapi bukan dari tingkat 4. Apabila alasan yang tidak munasabah diberikan dan tidak ada inisiatif hendak membantu, kekecewaan dalam diri aku pun timbul  dan ini mungkin kali terakhir aku menginap di sini.  

Ada 3 kriteria untuk aku menginap di satu-satu hotel itu iaitu tempat tidur dan bilik air yang bersih, perkhidmatan pelanggan dan capaian internet. TH Bayan Lepas gagal pada dua perkara itu. Aku rasa ia amat menyedihkan kerana TH adalah jenama orang Islam. Diharapkan TH  boleh membaiki kekurangan yang ada. Tetapi aku harus berikan pujian kepada pekerja-pekerja housekeeping. Mereka amat mesra, murah senyuman dan suka membantu.


Aku  menginap di bilik superior bernombor 411 dan 402 yang berharga RM150 tanpa sarapan pagi.

Pro
----
1. Bilik luas sangat dan bersih
2.  Bilik air pun luas
3. Pengelap kaki di bilik air (TH Alor Setar tak ada)
4. Siaran kabel tv
5. Wifi
6. Air mineral
7. Penghantaran surat khabar depan pintu
8. Peti ais mini, al-quran dan lain-lain yang biasa
9. Makanan ala carte di cafenya sedap walaupun menunya tak banyak
10. Ada gym
11. Ada lif dan mesra OKU

Kontra
---------
1. Wifi teruk sangat
2. Tiada seterika
3. Tiada pengering rambut
4. Tiada tisu tandas
3. Tiada kolam renang dan sauna. 

Ini gambar dan video bilik.


Lobi depan tu Bank Tabung Haji

Kawasan lobi dan receptionist

Lif bahagian lobi

Harga biasa



Bilik air pun cantik


Sangat luas. Bila dah luas tv tulisan di tv pun tak berapa nampak
Macam rumah pangsa. Ruang berjalan ke bilik sangat selesa

Pemandangan dari bilik. Taman kecil di bawah

Pemandangan dari bilik
Luas sangat puas hati.

Gym




Saturday, April 05, 2014

Hotel Royal Penang, Georgetown Pulau Pinang

28 Feb 2014,  Aku dan kawan aku menginap di Royal Hotel Penang bertaraf 4 bintang. Dalaman hotelnya nampak klasik dan perabot dalam bilik pun klasik. Parking kereta bawah tanah kena guna tangga untuk naik ke lobi. Receptionistnya sangat bagus. Masa kami datang kami berurusan dengan receptionist bernama Andrew. Kami ingatkan dia Melayu kerana dia bercakap dalam bahasa Melayu di mana jarang kami berjumpa receptionist yang hendak bercakap melayu dengan pelanggan hotel.  Bahasa Melayunya sangat bagus dan pandai berseloroh orangnya.

Kami menginap sehari di bilik Deluxe room bernombor 803. Harga RM204  beserta sarapan.

Pro
----
1. Wifi. Satu kabel utp disediakan juga
2. Bilik bersih
3. Ada gym dan kolam renang
4. Mesra OKU

Kontra
--------
1. Paip tak ada nak basuh anu. Paip panjang di tempat mandi pun tak ada.
2. Tak ada sofa dalam bilik seperti hotel 4 bintang yang lain.



Layan gambar dan video
----------------------------

Jalan ke bilik

Pemandangan dari bilik







Perabotnya jenis klasik. TV pun klasik


   



Tuesday, April 01, 2014

Darul Makmur Lodge, Kuantan


29 Mac 2014, aku ke Kuantan dan menginap di hotel bajet Darul Makmur Lodge. Lokasi hotel ini betul-betul  berhadapan dengan stadium Darul Makmur. Hotel ini kepunyaan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Harga bilik deluxe RM80. Untuk aku tak berbaloi harga dan kondisi biliknya. Tapi hotel ini amat berdekatan dengan tempat-tempat yang penting seperti stadium, UTC, Arked Medan, restoran dan pasaraya.

Pro
----
1. Lokasi yang strategik di pusat bandar. Rasa selamat walau duduk seorang di sini sebab sebelah hotel ini restoran dan orang sentiasa ada.
2. Di tingkat satu ada ruang untuk bersantai
3. Dalam bilik ada cerek, sachet, tisu tandas, sabun,syampu dan air mineral
4. Tap air panas
5. Aircond

Kontra
--------
1. Bilik kecil
2. Bilik air kecil. Macam tandas dalam kapal terbang
3. Air dari tap mandi kecil. Mandi pun rasa tak basah.
4. Susunan katil dan tv tak selari. Boleh teleng kepala tengok tv.
5. Tuala mandi tak bersih
6. Tiada lif. Bilik bermula di tingkat satu.
7. Tiada wifi
8. Channel tv hanya saluran biasa. Tiada kabel tv.

 Layan gambar dan video

Darulmakmur Lodge. Nampak cantik dari luar


Satu sudut di tingkat satu. Tempat bersantai

Lobi hotel





Dari luar ke bilik

Bilik air kecil sangat

Tuala mandi yang menggelikan