Pro
----
1. Lokasi yang strategik di pusat bandar. Rasa selamat walau duduk seorang di sini sebab sebelah hotel ini restoran dan orang sentiasa ada.
2. Di tingkat satu ada ruang untuk bersantai
3. Dalam bilik ada cerek, sachet, tisu tandas, sabun,syampu dan air mineral
4. Tap air panas
5. Aircond
Kontra
--------
1. Bilik kecil
2. Bilik air kecil. Macam tandas dalam kapal terbang
3. Air dari tap mandi kecil. Mandi pun rasa tak basah.
4. Susunan katil dan tv tak selari. Boleh teleng kepala tengok tv.
5. Tuala mandi tak bersih
6. Tiada lif. Bilik bermula di tingkat satu.
7. Tiada wifi
8. Channel tv hanya saluran biasa. Tiada kabel tv.
Layan gambar dan video
Darulmakmur Lodge. Nampak cantik dari luar |
Satu sudut di tingkat satu. Tempat bersantai |
Lobi hotel |
Dari luar ke bilik |
Bilik air kecil sangat |
Tuala mandi yang menggelikan |
4 comments:
Maaf saya katakan, kekotoran yang terdapat pada peralatan dan keperluan di dalam bilik adalah disebabkan oleh pelanggan yang tidak prihatin contohnya suka bersepah2 dan tuala dicampak ke bawah, rasanya tak susahpun ambil towel tu sidai elok2 bagi kering.
Sebelum kita kritik orang lain, sewajarnya kita tengok diri sendiri. Maaf..
Anonymous apa yg kamu mengarut ni? Kalau kamu empunya hotel kamu sudah perlu mengagak sikap pelanggan yg pelbagai ragam. Ada yg bersih dan ada yg pengotor. Tugas empunya hotel perlulah sediakan peralatan yang bersih dan suci bukan menghentam pelanggan. Apa daa.
Pelanggan dah bayar service caj... klu pelanggan kena buat seme tuh baik duk umah je...
Betul tu..harga x berbaloi dgn keadaan bilik..korang if ke kuantan sy cadangkan menginap di KOSMA BUSINESS HOTEL berdekatan dgn shopping mall(East Coast Mall/Berjaya Megamall),masjid,kawasan perniagaan dan restoran berhampiran..standard room starting from rm70 x trmasuk gst..sgt berbaloi dan value for money..access wifi free,ade hyppTV,toilet standard 3 star hotel,ade almari,meja,pemanas air n sachet,2 bottle mineral,kotak tisu,tv berdepan dgn katil cuma bilik no window
Post a Comment