Saturday, September 15, 2012
Kos BRACES yang karut
Aku tak pahamlah ada satu klinik gigi yang aku selalu datang untuk treatment braces. Entah apa2 caj dia kenakan. Dulu masa sebelum aku pasang braces kat klinik ni aku dah dapat consultation doktor perempuan kat situ dan katanya kos aku berjumlah RM4000. Kedian aku tanya ada tak xtra kos atau hidden kos dan katanya tak ada. Oklah aku pun setuju sebab tak ada kos2 pelik.
Kedian alih2 lepas 5 bulan pakai tetiba receptionist suruh bayar xtra rm150. Katanya doktor check tadi ada barang kat gigi yang tercabut. Pulak! doktor tak cakap apa2 pun kat aku masa treatment tu. Masa tu aku dah rasa cuak bila kena caj yang aku sendiri tak tau hujung pangkal. Dalam hati dah sumpah seranah.
Kedian bulan dua baru ni sehari selepas treatment seperti biasa ada satu bracket di geraham aku sebelah kanan tercabut. Aku pun pegilah ke klinik tu esoknya yang jaraknya lebih kurang 50km. Doktor pun check dan dia admit itu kesalahan dia tak lekat gam dengan kemas. Tapi takde pun receptionist tu nak tolak kos kesalahan doktor tu ke tapi aku tak dicaj le time tu.
Kedian baru2 ni bracket geraham aku sebelah kiri tercabut pulak. So doktor pun betulkanlah balik dan katanya aku punya ligamen bergerak sebab tu tercabut. Doktor pun tak cakap apa2 pasal caj alih2 masa kat counter receptionist tu kata kena bayar rm150 sebab benda tu tercabut. Kena bayar sebab bukan kesalahan aku? Jawab receptionist ya. Haha lawak rasanya klinik ni. Kedian aku tanya ini kiranya hidden costlah ye. Dengan senyum bangga dan kata2 yang lembut menggoda dia kata ya memang hidden cost. Dah tu apa yang RM4000 tu cover? Dia cover xray, retainer...bla..bla tak termasuk rosak, tercabut, tampal. Tapi akak punya ok baru dua kali aje kena org lain lagi byk. Ada yang sampai kena rm10,000 hidden costnya. Lahabau punya jawapan.
Kalau aku jadi org tu memang dah kena bakor klinik tu. Nampak sangatlah doktor kat klinik ni tak telus. Gila duit punya manusia. Jangan haraplah aku nak halalkan duit hidden cost tu. Tapi perbualan aku dengan recepionist tu aku dah rakam next time aku nak rakam perbualan aku dengan doktor pulak. Mungkin aku akan report pada persatuan gigi pasal sikap tak telusnya depa tu. Aku takkan rekomen klinik ni untuk sesapa pun. Inilah gambor kliniknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Cool braces on my teeth and I feel i was younger now :D
Baru pakai. Malam je bracket geraham tercabut mse tgh berus gigi. Baik sempat tangkap metal tu sblm msuk dlm sinki. Adehhh. Mcm mana laaaa doktor aku ni letak gam 😴
kadang2 doktor yg pasang x betul sampai bracket boleh tercabut... dah dtg klinik ingatkan doktor nk lekatkan balik bracket, dia cabutkan je bracket tu..next app baru lekatkan sekali wire walaupun baru 2,3hari tukar wire..dgn alasan nanti kena tukar semua sekali..eh2 mcm la kita yg psg sendiri
kadang2 doktor yg pasang x betul sampai bracket boleh tercabut... dah dtg klinik ingatkan doktor nk lekatkan balik bracket, dia cabutkan je bracket tu..next app baru lekatkan sekali wire walaupun baru 2,3hari tukar wire..dgn alasan nanti kena tukar semua sekali..eh2 mcm la kita yg psg sendiri
Post a Comment