Thursday, November 22, 2012
Staff Carrefour Sri Petaling Tak Mesra Pelanggan
Kelmarin aku pergi ke Carrefour Sri Petaling nak beli makanan bijirin untuk badan yang sihatlah kononnya. Bila sampai kat rak bijirin tu aku tengok harga dia tak sama dengan jenama yang ada. Jadi aku pun bertanya pada staff yang tengah susun barang kat situ berapa harga sebenar barang tu. Kemudian dengan muka blur dia geleng kepala sikit macam nak larikan diri. Lepas tu aku tengok kat tag dia tulis New Staff jadi aku dah tahu ini mesti pekerja asing walaupun muka dia muka macam iras cina yang tak cina dan iras melayu yang tak berapa melayu. Jadi aku pun berbahasa Inggeris dan yakin mesti dia faham punyalah. Tapi dia masih geleng kepala sikit dengan gaya badan malas nak mampus. Aduh pekerja bisu mana pulak Carrefour ni ambil? Kalau orang bisu yang kerja sekurang-kurangnya mesti dia pergi cari orang lain nak bantu aku ni. Mamat ni langsung buat tak tahu dan tak prihatin langsung nak cari orang lain tolong aku. Lepas tu aku tengok keadaan sekeliling rupa-rupanya ramai pekerja asing di ambil bekeja di Carrefour. Aku rasa kecewa betul dengan sikap Carrefour yang ambil pekerja tanpa tahu bahasa kebangsaan dengan Inggeris dan tambah lagi tiada sikap mesra pelanggan langsung. Carrefour ooi...mana-mana organisasi kat dunia ni syarat utama nak ambil pekerja mesti tahu bahasa tau. Baik ambil OKU tak sakit hati sangat.
Aku pun mengadu pada cashier pasal sikap pekerja tu tapi iyelah apa dia boleh buat pun jadi aku pun tulislah aduan di web www.carrefour.com.my . Harap Carrefour lebih prihatin dengan staff cop luar negara ni jangan asyik nak fikir kurang kos untung mesti lebih mesra pelanggan campak tepi. Adioss!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam. Bolehkah saya contact dgn saudari kerana saya kena perkara yg sama seperti saudari.
Post a Comment