Dalam 6 kali ke sana, 4 kali aku duduk di Chalet Mat Leon dan sekali di Agoh Chalet dan sekali di Seri Mutiara Taman Negara. Aku suka duduk di chalet Mat Leon sebab kawasannya sangat sunyi dan jauh dari hiruk pikuk orang ramai. Kawasannya juga berdekatan sungai dan boleh memancing. Cafenya pun cantik dan unik. Semua di buat dari kayu. Nyaman sangat kalau duduk di cafe dia. Kalau nak rasa hidup suasana kampung dan suasana hutan Mat Leon adalah tempat yang sesuai. Lagi satu data hanya 'Edge' di sini dan kawasan sekitar Kuala Tahan.
Makan
---------
Jika hendak merasa masakan kampung orang Jerantut seperti gulai rong (dibuat dari biji getah) dan sambal hitam asam belimbing boleh didapati di sini. Kadang-kadang jika bernasib baik mereka boleh sediakan masakan ikan sungai yang mereka tangkap. Harganya tidaklah mahal. Harga untuk makanan biasa yang goreng-goreng sedikit mahal. Biasanya RM6.50 .Tapi nasi putih terkejut juga tengok harganya RM2.50 satu pinggan. Masakan tradisi penduduk sini sangat sedap. Makanan standard yang goreng-goreng tu kurang sedap.
Jalan ke chalet Mat Leon
--------------------------------
Sekarang sudah dibuat jalan tar terus ke Chalet Mat Leon. Sementara ini belum ada papan tanda ke situ. Untuk ke Chalet Mat Leon perlu melalui jalan ke Resort Woodland dan Resort Rainforest. Selepas Rainforest anda perlu menaiki jalan yang berbukit sedikit. Sila matikan aircon bila menaiki jalan bukit ini. Hari itu kereta kami tak boleh naik langsung. Lepas matikan baru ok. Jarak dari Rainforest ke Mat Leon lebih kurang 200 meter . Anda tak akan nampak chalet Mat Leon dari tepi jalan tar. Anda akan perasan di sebelah kiri ada jalan berturap batu yang bentuk jalannya curam ke bawah dan jalan itulah menuju ke Mat leon. Jaraknya dalam 50 meter dari tepi jalan tar. Jika sebelah malam kawasan ini amat gelap gelita tapi adventure.
Jika dahulu kami terpaksa parking jauh dicelah-celah rumah orang dan berjalan kaki ke chalet Mat Leon atau minta Mat Leon mengambil kami. Dari chalet jika hendak ke jeti Kuala Tahan mengambil masa 10 minit berjalan kaki atau Mat Leon boleh hantar ke jeti Kuala Tahan menggunakan bot/4wd. Cuma sebelah malam jika kita hendak melepak di jeti Kuala Tahan Mat Leon boleh hantar cuma nak balik kena balik sendiri. Memang adventure balik jalan kaki meredah hutan dan rumah orang dalam keadaan gelap-gelita. Tapi kena ada lampu suluh kalau tak meraba nak balik.. Yang seronoknya kadang-kadang kita boleh nampak kucing hutan. Kalau bernasib baik ular pun boleh jumpa.
Di pondok Mat Leon ini boleh memancing. |
Pemandangan dari pondok sampan. Ini gambar lama. Yang terbaru tangga ini telah rosak teruk dan rumput-rumput semua dah tak ada hanya dipenuhi pasir halus akibat banjir besar baru-baru ini. |
Cafe. Nyaman duduk sini kadang-kadang terasa kesejukannya |
Pemandangan dari cafe ke pondok sampan |
Harga chalet
---------------
Chalet aircond - RM150 - baru di bina mengadap sungai.
Chalet standard (kipas) - RM60
Chalet untuk 4 orang (kipas) - RM80
Dorm chalet (bilik air luar) - RM15 satu kepala (satu dorm muat 4 orang)
Khemah - RM5 satu kepala (khemah bawa sendiri)
Nak sumbat berapa ramai dalam chalet tak kisah. Chaletnya hanya ala kadar saja.
Pro
----
1. Air sejuk. Pikir panjang kalau nak mandi pagi.
2. Tuala di sediakan
3. Air paip laju.
4. Ada sarapan pagi
Kontra
---------
1. Bergoyang-goyang tangga chalet bila pijak
2. Tiada cermin, sabun mandi, tv, cerek,gelas
3. Pintu bilik air dari dalam tak ada selak
4. Batang singki bocor
5. Kotak flush rosak. Air payah nak penuh walaupun airnya laju.
Setiap chalet disediakan fire extinguisher. Maklumlah chalet kayu mudah terbakar. |
Balkoni mengadap hutan.Kami jadikan balkoni ni tempat memasak dan makan. Dapur gas, periuk belanga bawa sendiri. Pinggan mangkuk boleh pinjam dari cafe Mat Leon. |
Dinding nampak baru |
Add caption |
Itu chalet baru yang ada aircond. Berhadapan sungai. Bulatan merah tempat perkhemahan. Tak besar pun. Tanah bahagian situ saja yang rata. Bahagian lain penuh akar. |
Dorm mengadap cafe.. Satu bilik 4 katil |
4 comments:
hi..memarik apa yg ditulis..tp macam mana nk contact chalet mat leon ni??
ini nombor mat leon 0139989517
salam , tuan kena booking dulu ka atau boleh walk inn terus .?
terimakasih banyak maklumat saya dapat melalui blog tuan ni.
JJ, walk in pun ok. saya biasa walk in. org jarang pergi ke mat leon. Biasanya mat salleh yang ramai.
Post a Comment